2017. A new life

                                                          *Umur masih tak sedar diri :')*

Assalamualaikum, perghh lama gila aku tak update blog ni. Sampai dah masuk tahun baru nak post. Last post pasal nak masuk Universiti. Sekarang aku dah masuk sem 2, baru ada ruang nak post. Punyalah lama aku mengabaikan blog ni. Kesian blog aku, terabai. Huhuhu. Sorrylah, macam biasa istilah 'Sibuk' dan 'Malas' tidak dapat dipisahkan oleh hidup aku,haha.Tapi hari ni aku ada mood rajin pulak nak post, rindu wehh nak berceloteh dalam blog. 

Alhamdulillah sekarang aku dah masuk sem 2, tak sampai seminggu lagi duduk di hostel, inilah dugaan sebagai pelajar. Huwaa, kena berjauhan dengan parents. For your information, aku masih lagi dengan homesick, haha. Tak dapat buang kot perasaan rindukan mak ayah aku, sampaikan tiap malam aku call. Yelah, walaupun cuti midsem, cuti sem aku balik sekalipun, perasaan tak nak jauh daripada family tu masih ada lagi, anak manja katakan XD. Serius wehh, masa aku cuti sebulan tuh, masa nak balik kelantan ni tak ada mood langsung, rasa nak stay je rumah nak spend time with my parents. Masa diorang hantar aku sini pun, aku macam tak nak lepaskan. Sedarlah bahawa tahun ni dah 2017, umur pun semakin meningkat. Baru perasan umur di status blog tak menginjak ke angka 20 lagi, haha sebab tak update. 

Macam mana results ? alhamdulillah bolehla, tapi tak sampai ke arah dekan lagi, huhuh sedih wehh. 3.75 baru dekan, dulu 3.50 dah dekan. Sekarang ramai sangat dah pandai, diorang upkan. Ramai saingan rupanya, huhu. Kita ingatkan kita lagi hebat rupanya ada lagi orang yang lebih hebat daripada kita. So ,usaha tu memang kena 100% bukan goyang kaki semata-mata, melainkan kau memang otak genius tip top. Macam aku ni memang kena usaha, tak usaha tak dapekk la jawabnya.Tapi memang padanlah dengan usaha aku kan, masa sem 1 dulu aku tak belajar sangat asyik tidur je nombor satu. Aku kena usaha banyak lagi untuk dapatkan pointer dekan dan dapat first class degree. Korang doakanlah aku ye, aku nak banggakan mama abah. Yang penting tajdid niat tu belajar kerana Allah dulu.. 

Lagi satu, aku baru kenal erti kehidupan di universiti yang sebenar, baru aku tahu yang hidup di U ni bukan sepanjang masa boleh berehat, tak ada assignment sepanjang masa. Rupanya imagination aku selama ni salah, so kepada adik-adik di luar sana..korang kenalah hargai masa korang dekat sekolah. Serius weyy, aku rindu dengan zaman sekolah dulu. Betul la apa yang cikgu cakap dulu. Kalau aku nak cerita pasal pengalaman sepanjang sem 1, panjang jugak tu. Lain kali aku kongsikan ye. Sorry la , korang rajin blogwalking blog aku. Tapi aku, erm erm.. Terima kasih yang selalu usha blog aku tak seberapa nak post dah ni. Okay, minta izin dulu. Huhu, roommate dah balik. Haha. Assalamualaikum